Versi 2.0
Pantunis versi 1.0 telah dibina menggunakan "stack" SERN. Rasional menggunakan teknologi tersebut adalah untuk kemudahan dan kepantasan.
Buktinya saya mampu siapkan seluruh laman web Pantunis versi 1.0 dalam masa satu hari.
Daripada awal memang saya bercadang nak bina fitur untuk membolehkan orang ramai sumbangkan pantun. Namun apabila saya mulakan kerja pembinaan untuk fitur tersebut, saya mulakan rasakan "stack" versi 1.0 menyukarkan dan melambatkan kerja saya. Maka, saya ambil keputusan untuk rombakkan seluruh aplikasi dan membina segalanya semula menggunakan rangka kerja Django dalam Python.

Setiap keputusan pasti ada kekuatan dan kelemahannya tersendiri. Berikut ialah beberapa kekuatan yang saya kenalpasti:
- Django mengikuti falsafah "Batteries included" di mana pelbagai fitur dan alatan seperti pengesahan (authentication), ORM dan lain-lain terus berfungsi "out of the box". Bagi projek Pantunis yang saya impikan untuk ada pelbagai fitur, saya amat suka jika banyak perkara sudah diselesaikan bagi pihak saya.
- Rangka kerja Django boleh dianggap rangka kerja yang sudah lengkap fiturnya (feature-complete). Perkara ini penting untuk kestabilan dan kemudahan kerja pembinaan laman web Pantunis.
Berikut pula beberapa kelemahan yang saya kenalpasti:
- Dengan tidak menggunakan sebuah rangka kerja Javascript yang moden seperti React, Vue, Svelte dan lain-lain, saya terpaksa korbankan sedikit interaktiviti laman web. Namun, dengan rangka kerja seperti HTMX dan rangka kerja lagenda namanya jQuery, laman web masih boleh dijadikan interaktif namun memerlukan lebih banyak kerja.
Fitur baru versi 2.0 yang sudah dilancarkan pula seperti berikut:
- Pengguna boleh mendaftarkan diri sebagai ahli komuniti Pantunis.
- Pengguna yang berdaftar sahaja boleh sumbangkan pantun. Ini adalah untuk kemudahan bagi pihak penyelia Pantunis. Ke depan, kami akan buka sumbangan pantun tanpa nama.
- Pengguna boleh melihat pantun-pantun sumbangan ahli komuniti sama ada melalui fitur carian atau laman "Pantun Terbaru"
- Pengguna boleh cari kata-kata yang berima.
Banyak lagi fitur baru yang dirancang untuk versi 2.0 dan dengan menggunakan Django, saya percaya kerja pembinaan akan bertambah mudah dan pantas.