Tema Merisik
Kami jumpa 32 pantun untuk kata "".Tekan ikon untuk ketahui info lebih.
Tekan Enter untuk cari.
Bukan kacang sebarang kacang,
Kacang melilit si kayu jati,
Bukan datang sebarang datang,
Datang membawa hajat di hati.
Bukan rapat sebarang rapat
Dari jauh melangkah selari
Silakan ya qadial hajat
Luahan hajat kita dengari
Banyak-banyak menanam bunga
Agar tampak cantik di dlam taman
Besar hajat kami tidak terkira
Hendak memetik bunga di taman
Hajat bukan sebarang hajat
Hajat ingin menyunting si puteri
Jika tepat kata sepakat
Cincin tanda sarungkanlah ke jari
Kami datang menaiki kereta,
Walau jauh tidak terasa,
Hajat ingin memetik bunga,
Kerana kumbang mengada-ngada.
Tidur malam tidak lena,
Fikiran melayang serba tak kena,
Senyum lebar hingga ketelinga,
Hati tak keruan teringatkan bunga.
Wahai orang di sana,
Orang di sini ingin bertanya,
Sudikah kamu menjadi teman setia,
Jalani kehidupan dunia bersama.
Jika kamu katakan ya,
Maka jangan disiakan masa,
Mari kita mulakan upacara,
Sarungkan cincin pada si dia.
Memanjat pokok didepan rumah,
Pokok tembikai dibelakang kedai,
Hajat hati nak bina rumah,
Rumah untuk gadis idaman didepan kedai.
Bila kacang melilit jati,
Ambilkan parang pembelah pinang,
Bila ada hajat di hati,
Mana tepak tanda meminang.
Sirih pinang kacip sudah diberi
Semoga pandai memakan sireh
Hantaran dan penganan telah diberi
Semoga kekal membina sirah
Nama sentiasa di dalam hati
Hati di sini di paut orang
Lama-lama di dalam hati
Takut nanti di paut orang
Kelapa tua dibelah belah
Masak gulai kupang & lokah
Duduk salah baring pun salah
Rupanya kumbang gatal nak bernikah
Bersyair merdu seorang biduan
Biduan kelana dari Parsi
Ingin ditanya gerangan tuan
Dalam hati sudahkah terisi
Kelapa parut dibuat kerisik
Kerisik ditimbang berkati-kati
Hajat menggunung ingin merisik
Merisik si gadis pujaan hati
Berbudi tinggi Melayu Rawa
Pemuda pemudi jadi harapan
Sirih junjung telah kubawa
Menunggu adinda beri jawapan
Anak kecil nangis kesakitan
Ibu terdengar terus meluru
Si dara yang satu kami maksudkan
Hendak membina masjid yang baru
Kain songket dibuat baju
Songket dibeli dari pekan
Kedua keluarga sudah setuju
Cepat-cepatlah mereka disatukan
Songket dibeli dari Pekan
Hendak dibuat baju kebaya
Sebelum mereka hendak disatukan
Tanyalah dulu orang tuanya?
Ambil bakul diatas almari
Bawa kesini diisi bunga
Sebelum mereka menjadi suami & isteri
Pastikan dulu mereka sudah ditemuduga
Masuk hutan mencari rotan
Rotan diolah menjadi perabut
Sekejap kami hendak tanya yang punya badan
Apakah setuju apa yg dimaksud
Kain pelikat cantik dipakai
Hadiah dari sibuah hati
Semoga bahagia membina mahligai
Pinangan diterima dengan senang hati
Maksud hati pergi berenang
Pergi berenang ke air tenang
Maksud hati ingin meminang
Apalah daya belum punya wang
Pergi berenang ke air tenang
Tersenggol sayap si ikan patin
Tahankan keinginan untuk meminang
Persiapkan diri lahir dan batin
Berjalan jalan mencari makan
Makan di beli di warong madan
Usha kuat siang dan malam
Rezeki datang tak perasan.
Terbang bayan menyisih palas,
Pinggir paya subur berangan;
Untung tuan kasih berbalas,
Kasihnya saya masih awangan.
Pinggir paya subur berangan,
Hinggap kenari memayung perdu;
Kasihnya saya masih awangan,
Saban hari berteman sendu.
Bukan kacip sembarang pilih
Kacip di pilih pembelah pinang
Di dalam hati sudah terpilih
Apa daya duluan di rebut orang
Kacip lama jadi pilihan
Pilihan terbaik nak belah pinang
Ajal maut ditangan tuhan
Dah memang bukan jodoh korang
Ajal maut memang di tangan tuhan
Mesti pasrah takdir ilahi
Kalau bukan jodoh korang
Jangan simpan di dalam hati
Buah berangan di rumpun pinang
Limau kasturi berdaun muda
Niat di hati ingin meminang
Adakah tuan hamba sudah berpunya?
Buah kedondong buah kepayang
Ditanam bersama buah berangan
Di hati tiada orang tersayang
Kalau berkenan hantarlah rombongan.